Apa Itu Laporan CCRIS?

Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau dalam Bahasa Melayunya Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit.

Sistem ini dibangunkan khas oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengeluarkan laporan kredit individu untuk dijadikan rujukan pihak bank sewaktu anda membuat permohonan pinjaman.

Secara ringkasnya, CCRIS adalah pengkalan data yang menyimpan semua rekod permohonan pinjaman dan pinjaman sedia ada.

Setiap bulan, institusi kewangan akan kemaskini maklumat kepada BNM, yang mana semua info-info tersebut dikumpul dalam satu bentuk laporan yang standard.

Laporan tersebut mengandungi rekod semasa dan sejarah kewangan anda. Jadi institusi kewangan dan individu boleh memeriksa dengan terperinci laporan kredit sebelum memproses atau memohon pinjaman.

Apa Yang Terdapat Dalam Laporan CCRIS?

1. Kredit Yang Tertunggak – Semua rekod kredit dan pinjaman yang tertunggak, hutang yang belum habis dibayar akan terpapar di dalam laporan ini.

2. Akaun Perhatian Khusus (Special Attention Accounts) – Akaun Perhatian Khusus akan menunjukkan tunggakan pinjaman yang pihak bank letakkan dibawah pemantauan khas. Pemantauan dibuat oleh pihak institusi kewangan untuk mendapatkan bayaran balik pinjaman.

3. Permohonan Kredit – Permohonan kredit yang sedang dalam proses atau yang sudah diluluskan dalam masa 12 bulan yang lepas.