Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Shaiful Safar, seorang perunding hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai dan Pentaksir Malaysia.
Saya adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Sains Komputer), Universiti Kebangsaan Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai pentadbir sistem di Malaysia Airports Holdings Berhad pada tahun 2001.
Pada bulan Jun 2015, saya memulakan kerjaya sebagai perunding hartanah berdaftar di agensi hartanah True Vest Property Consultants Sdn. Bhd. sehingga kini.
Sepanjang tempoh itu, saya banyak menimba pengalaman membantu ramai pemilik, penyewa dan pembeli dalam urusan jualan, belian dan sewaan hartanah.
Saya memfokuskan untuk memberi khidmat nasihat, rundingan dan pengurusan sewaan, jualan dan belian hartanah sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Contact Details
- Mobile : 011 3230 2211
- WhatsApp : 011 3230 2211