Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya Shaiful Safar, seorang perunding hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai dan Pentaksir Malaysia.

Saya adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Sains Komputer), Universiti Kebangsaan Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai pentadbir sistem di Malaysia Airports Holdings Berhad pada tahun 2001.

Saya memulakan kerjaya sebagai perunding hartanah berdaftar di agensi hartanah True Vest Property Consultants Sdn. Bhd pada Jun 2015 dan kini, saya bernaung dibawah agensi hartanah Azmi & Co Sdn. Bhd.

Sepanjang tempoh itu, saya banyak menimba pengalaman membantu ramai pemilik, penyewa dan pembeli dalam urusan jualan, belian dan sewaan hartanah.

www.jualbelirumah.my adalah gandingan tenaga saya dan rakan-rakan perunding hartanah yang membentuk satu pasukan.

Tugas dan peranan utama kami ialah untuk memberi khidmat nasihat, rundingan & pengurusan sewaan, jualan & belian hartanah sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.